Thursday, April 1, 2021

TTC : Pengalaman IUI dan Kos Rawatan

IUI adalah rawatan dimana sperm yang dibersihkan akan dimasukkan terus ke dalam rahim yang menghampiri tiub follipian. Rawatan ini dipanggil sebagai "short-cut" daripada proses injekulasi secara natural (bersama). Injekulasi secara natural akan mengambil masa untuk menghantar sperm kepada ovum berbanding dengan proses IUI di mana sperm terus dihantar kepada ovum.


Rawatan IUI adalah sesuai untuk pasangan yang mempunyai masalah;
  1. Unexplained Infertility - Ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan
  2. Kekurangan Servik Mukus - **Keputihan Putih Telur semasa ovulasi
  3. Ovum yang tidak matang
  4. Kuantiti / Kualiti sperm yang kurang
Namun rawatan IUI tidak akan berhasil jika pasangan mempunyai masalah;
  1. Kedua-dua Tiub falopian tersumbat
  2. Sejarah jangkitan pelvik
  3. Endometriosis

Dalam kes ini, saya dikategorikan sebagai "Unexplained Infertility" dan juga mempunyai masalah kekurangan servik mukus (iaitu cecair yang membawa sperm). Saya jalankan rawatan IUI di Avisena Women & Children, Shah Alam.

Proses rawatan IUI :
9 Mar 2021 - Appointment untuk bincang proses IUI, dan dibekalkan Clomid & suntikan Menopur.

11 Mar 2021 - Hari pertama period, start makan Clomid 100mg setiap malam (11pm) selama 7 hari berturut-turut. Menopur (150IU) pula disuntik di bahagian perut pada waktu sama (11pm) pada hari ke-3,5,7 & 9 dari tarikh pertama period. **Clomid hendaklah dimakan hari pertama period penuh, jika period datang pada siang hari, clomid boleh makan malamnya, jika period datang waktu malam, makan keesokkan harinya.

19 Mar 2021 - Hari ke-9 period, appointment di hospital untuk check kuantiti & saiz telur matang. Alhamdulillah, ada 8 telur matang (size lebih 18mm)

20 Mar 2021 - Hari ke 10 period, suntikan Pregnil 500IU di bahagian perut untuk pecahkan telur matang untuk ovulasi pada pukul 9 malam. Ovulasi mengambil masa 36 jam dari waktu suntikan.

22 Mar 2021 - Hari IUI. Awal pagi pukul 9 pagi, sperm akan dikutip untuk dibersihkan.
11 am, proses IUI dijalankan, Sperm di masukkan ke dalam rahim. Rawatan mengambil masa hanya dalam 10 minit sahaja, kemudian saya diminta berehat selama 15 minit sebelum di beri cuti sakit untuk berehat sepenuhnya dirumah.

Kesan daripada proses IUI, ada sedikit bleeding (spotting) dan akan hilang dalam masa 2 hari. Mengikut pengalaman, selepas proses IUI hendaklah rehat sepenuhnya untuk satu hari (bed rest) untuk meningkatkan kadar kejayaan.

Saya dibekalkan Duphaston untuk menguatkan rahim dan meningkatkan peluang untuk implantasi. Duphaston dimakan 3x sehari selepas makan, dan saya juga tambahkan acid folic untuk setiap malam.

1 April 2021 - Ujian darah Beta-HCG dilakukan untuk menguji tahap hormon HCG untuk menentukan kehamilan.

2 April 2021 - Keputusan darah keluar. Alhamdulillah. Penantian selama hampir 2 tahun 8 bulan ini berakhir dengan berita gembira apabila hasil ujian darah Beta-HCG menunjukkan keputusan <5 U, iaitu positif hamil.

Beta-HCG adalah ujian darah untuk menguji ketepatan kandungan hormon HCG dalam badan dan mengesahkan kehamilan. Ujian ini boleh di ambil seawal 10 hari dari tarikh bersama atau hari proses IUI tersebut.

Saya akan kongsikan kos rawatan IUI sahaja, iaitu tak termasuk rawatan yang digunakan sebelum ini.

ITEM ACTUAL COST
Clomid 100mg (20 tablets) - 9 days         RM 50
Menopur (600 IU) (150IU/day) - 4 day         RM 900
Pregnil 5000IU - 1day         RM56
Outpatient fee (3x)         RM 30
others (needle etc)         RM 20.53
Nursing (3x)         RM 45
TVS (1x)         RM 40
IUI Procedure         RM 394.60
Consultation         RM 150
Duphaston         RM 176.40
beta-HCG         RM 92.90
TOTAL (all in) include 3x appointment RM 2,205.50

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan tentang proses IUI ini.
Saya doakan kepada TTC-rians mendapat berita gembira tidak lama lagi, teruskan usaha dan jangan putus asa. Allah maha mendengar. :)

Wednesday, November 4, 2020

Nasi Goreng Ikan

Pernah cuba rasa Nasi Goreng Ikan? Nasi Goreng Ikan ini kebiasaannya terkenal di negeri Terengganu, seperti mana yang kita  tahu Terengganu kaya dengan hasil laut yang menjadi sumber utama pendapatan penduduk di negeri Tersebut.  Jadi, tidak hairan lah kalau orang Terengganu sangat gemar dengan nasi goreng ikan ini.


Rupanya mungkin tak menarik selera anda kan?😅😅

Kerana jangan menilai dari rupa nya, tapi nilai lah dari hasilnya


Resepi nya sangat mudah dan sedap!

Bahan-bahan;

  1. Nasi (anggaran 2-3 orang makan)
  2. Ikan Kembung/Sardin (atau apa2 jenis ikan) - 2 ekor
  3. Bawang putih - 2/3 ulas
  4. Cili padi - 2 tangkai
  5. sayur (Kacang panjang/buncis/sawi)
  6. Telur - 1 biji
  7. Kicap -2/3 sudu makan
  8. Gula -1 sudu makan (jangan penuh sangat)
  9. Garam - 1 sudu kecil (atau secukup rasa)
  10. Secukup Rasa (optional)
  11. Serbuk Kunyit
  12. Minyak masak
Cara Penyediaan;
  1. Gaul kan ikan bersama garam & serbuk kunyit 
  2. Panaskan minyak, dan goreng ikan sehingga masak, kemudian carikkan isi nya
  3. Gaul ikan yang telah hancur tadi bersama nasi
  4. Panaskan anggaran 3 sudu makan minyak, dan tumiskan bawang putih & cili padi
  5. Selepas naik bau & bawang putih kekuningan, masukkan telur seketika & sayur
  6. Masukkan nasi yang telah digaul, bersama kicap (2-3 sudu makan)
  7. perasakan dengan gula & garam, seta secukup rasa dan dah siap!
Nasi Goreng Ikan sedia untuk di makan. Selamat Mencuba!

Disclaimer: Ini adalah resepi turun temurun, maaf jika tidak menepati citarasa anda.



Tuesday, October 6, 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum para pembaca,

Saya mulakan penulisan saya dengan lafaz bismillah. Blog ini bertujuan untuk berkongsi tentang apa yang bermanfaat kepada pembaca. Selamat membaca!







TTC : Pengalaman IUI dan Kos Rawatan

IUI adalah rawatan dimana sperm yang dibersihkan akan dimasukkan terus ke dalam rahim yang menghampiri tiub follipian. Rawatan ini dipanggil...